Pendidikan Silam Dan Masa Kini
Mari kita besama meneladani kisah sejarah yang lampau…kerana dengan sejarahlah kita mampu bergerak lebih maju ke hadapan dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang lampau. Namun pada masa kini, kita kurang membaca sejarah lalu menyebabkan kita menghasilkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh generasi sebelum kita lagi.
Maka, ingin ana gugahi kita semua dengan kisah di bawah…..kisah Sultan Muhammad Al-Fateh semasa kecil dahulu..
Semasa kecil, gurunya bertanya, “Siapakah yang akan membuka Constantinople? Sultan Muhammad Al-Fateh tidak tahu jawapannya. Lalu gurunya menjawab, “KAMULAH ORANGNYA…”Sejak itu beliau menanam cita-cita untuk membuka kota itu..sehingga pada akhirnya beliau berjaya membuka Constantinople pada waktu umur yang muda yakni pada umur 19 tahun….setelah generasi sahabat-sahabat Rasulullah yang terdahulu gagal mendapatkannya. Para sahabat berebut-rebut untuk membuka kota ini kerana mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang membuka Kota Rom Timur dan Barat (Kota Constantinople) maka panglimanya adalah panglima yang terbaik dan bala tentera yang mengikutinya adalah bala tentera yang terbaik” Di sini dapat kita melihat pendidikan yang Rasulullah berikan kepada para Sahabatnya dan seluruh umat Islam melalui cita-cita yang tinggi bukan cita-cita yang bertaraf picisan sahaja.
Tujuan ana menceritakan kisah ini bukanlah sekadar untuk dijadikan pengetahuan sahaja tetapi untuk menunjukkan betapa berbezanya pendidikan yang berlaku pada hari ini dengan pendidikan zaman yang silam, yang telah melahirkan orang-orang yang hebat seperti Musab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sultan Muhd Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain yang tidak mampu disebutkan semuanya di sini….
Namun berbeza pula pada hari ini…pendidikan di Malaysia khususnya (sbb ana tinggal di MalaysiaJ dan pernah mengalami situasi ini semasa belajar dulu). Rata-rata ibu-bapa atau guru-guru..sering memberi pendidikan begini… ,“Mad…belajar rajin-rajin kalau tidak nanti tak lulus periksa (UPSR,PMR,SPM, STAM dan yang sewaktu dengannya) sbb nanti susah nak masuk U, susah nak dapat keja dll…dengan mengharapkan anak-anak kita bakal membangunkan Islam pada suatu hari nanti…Dengan pernyataan ini yang sering diulang-ulang berbanyak kali telah menyebabkan anak-anak kita mempunyai cita-cita atau impian yang kecil…iaitu sekadar lulus dalam peperiksaan yang dinyatakan tadi…lalu menyebabkan anak-anak yang kita harapkan tadi untuk membangunkan Islam sekadar mampu menujukkan kejayaan dalam peperiksaan sahaja.
Selayaknya dinyatakan begini, “Mad..BELAJAR RAJIN-RAJIN KERANA KAMU YANG AKAN MEMBANGUNKAN ISLAM NANTI!! atau SIAPA YANG AKAN BEBASKAN PALESTIN KALAU KAMU MALAS BEGINI atau SIAPA YANG AKAN BEBASKAN PALESTIN?KAMULAH ORANGNYA!!! (Boleh dipelbagaikan lagi mengikut kreativiti masing2)
Jadi ingin disyorkan kepada semua ibu-bapa dan guru-guru tidak kiralah bakal ibu-bapa ke, bakal guru ke…dengan lebih mudah semua umat Islam…Didiklah diri anda dan setiap orang yang anda kenal dengan impian-impian yang hebat kerana dengan impian yang hebatlah akan menghasilkan orang-orang yang hebat juga…Ceritakan juga kisah-kisah hebat para sahabat dan tabiin supaya mereka ada contoh untuk diidolakan..bukannya Batman, KeluangMan, CicakMan dan Man-Man yang lain lagi yang Cuma menggunakan kemahiran teknologi yang ada untuk menipu anak-anak kita…
Jadi di sini, ingin juga diri ini mempraktikkan apa yang ditulis…dengan menyatakan persoalan, “SIAPAKAH YANG AKAN MELAHIRKAN GENERASI SEPERTI SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH,SALAHUDDIN AL-AYUBI, ALI BIN ABI TALIB DAN YANG SETARAF DENGANNYA PADA ZAMAN INI? PASTIKAN KITA!!” tidak lupa juga ”SIAPAKAH YANG AKAN MEMBEBASKAN PALESTIN DAN MEMBANGUNKAN ISLAM KEMBALI DI MATA DUNIA? ANDALAH ORANGNYA!!
Akhir kata, aniedha !!
Tinggalkan komentar